Wednesday, January 13, 2010

Kewajipan Isteri terhadap Suami

Sebagaimana yang kita semua maklumi bahawa, suami mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap isterinya begitu juga dengan Isteri yang mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap suaminya. Tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh isteri terhadap suaminya ialah:

1. Taat dan patuh kehendak suami.
Isteri hendaklah taat dan patuh terhadap suami dan perlu mengikuti segala kemahuan suaminya selama mana perintah dan arahan suami tidak bercanggah dan melanggar batas-batas hukum Allah.
Nabi bersabda dengan maksudnya," Sekiranya aku dioerintahkan akan seseorang bahawa menyembah seseorang yang lain, nescaya akan aku menyuruh perempuab menyembah suaminya."

2. Memelihara maruah diri dan kemuliaan suaminya.
Setiap isteri wajib memelihara maruah dirinya samada dihadapan suami atau semasa ketiadaan suaminya pada bila-bila masa dengan menjaga dan mengatur kesempurnaan rumah tangga, mengawal serta membelanjakan harta suami mengikut keperluan dan tidak membazir. Rasulullah bersabda yang bermaksud," Sebaik-baik wanita ialah isteri yang apabila engkau melihat kapadanya membuatkan engkau gembira dan apabila engkau menyuruhnya sesuatu diturutinya dan apabila engkau tiada di sampingnya dia menjaga harta engkau dan maruah dirinya."

3. Menetap dirumah (sentiasa berada di rumah)
Asas paling penting bagi isteri ialah sentiasa berada di rumah suami dengan lain perkataan bahawa isteri sentiasa di rumah walaupun ketiadaan suami. Jangan sesekali keluar rumah tanpa izin suami. Isteri juga hendaklah sentisa mengawal pandangannya, pendengarannya dan juga pakaiannya. jauhkan sama sekali memakai pakaian yang mendedahkan aurat kerana itu adalah sebesar-besar fitnah.
Allah berfirman yang bermaksud,"Dan katakanlah olehmu kepada semua wanita mukmin, hendaklah mereka memejamkan sebahagian pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka supaya mereka tidak memperlihatkan hiasan-hiasan mereka kecuali yang biasa nampak padanya iaitu muka dan kedua tapak tangan."

Sekian, Wassalam..

Sumber : Jabatan Agama Islam Negeri Kelantan.