Wednesday, November 11, 2009

Fiqh Muslimat siri 2

(Soal Jawab Dr. Yusof Al Qardhawi dalam Kitab Fiqh Kotemporari)

Pertanyaan,

Bolehkah berwudhuk untuk Solat dengan menggunakan air yang telah disentuh wanita yang sedang Haid?

Jawaban,

Perlu diketahui bahawa tubuh wanita yang sedang haid tidak najis, tidak seperti benda najis yang dapat mencemari sesuatu. Tetapi najis dalam pengertian ini ialah najis hukmiyah. Syarak menghukumi darah haid sebagai najis, dan seseorang baru suci setelah darah itu berhenti keluar lalu dilakukan penyucian besar iaitu mandi. Adapun tubuh, tangan, mulut, lidah dan anggota badan lainnya tidaklah najis.

Memang, sejak dulu ada sebahagian wanita beranggapan bahwa tubuh badan wanita haid itu najis. Nabi s.a.w. pernah menyuruh kepada Aisyah "bawalah ke sini tikar kecil itu!" lalu Aisyah berkata, saya haid, wahai rasulullah." maka baginda bersabda yang maksudnya " sesungguhnya haidmu itu tidak ditanganmu" (HR Bukhari)

Maksudnya, tangan wanita yang haid itu tidak najis. Oleh kerana itu jika ia menyentuh air, tidaklah menjadikan air tersebut najis. Jadi, air yang tersentuh wanita yang haid tetap suci.

Demikian juga orang yang sedang dalam keadaan junub. Berjunub tidak menjadikan tubuh yang bersangkutan menjadi najis. Abu Hurairah juga pernah merasakan bahawa berjunub itu menjadikan tubuhnya najis. Maka ketika pada suatu hari ia berjalan bersama Rasulullah ia menjauhkan dirinya. Lalu baginda menayakan sikapnya tersebut lalu dia menjawab, " saya dalam keadaan berjunub." Kamudian baginda bersabda:
" Mahasuci Allah, sesungguhnya orang mukminitu tidak najis."

Jadi najis yang dimaksudkan bagi orang yang berjunub hanyalah najis hukmiyah (maknawi), sedangkan tubuhnya tidak najis.

Tuesday, November 10, 2009

Fikah Muslimat Siri 1

Untuk Rujukan Murid-murid tersayang. Persoalan berdasarkan soalan semasa yang di utarakan kepada mereka.

1. Huraian berkenaan bersentuh lelaki dan perempuan yang membatalkan wuduk:

1. Mazhab Maliki berpandangan andai bersentuhan antara lelaki dan perempuan
dengan tangan ataupun satu bahagian darpada badan dengan keinginan adalah
membatalkan wuduk.

2. Mazhab hanafi pula: Sentuhan antara lelaki dan perempuan walaupun kedua-duanya
dalam keadaan bertelanjang tidak membatalkan wuduk secara mutlak.

3. Mazhab Syafie : Sentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah
membatalkan wuduk.

4. Mazhab Hambali : Sentuhan antara lelaki dan perempuan walaupun mahram dengan
keinginan adalah membatalkan wuduk.

Monday, October 19, 2009

Mecari Redha Allah Melalui Tudung

Masih terngia digegendang telinga ini tentang satu kata-kata sinis bekas pengarah JAKIM Kelantan.
"Orang perempuan sekarang, bab pakai tudung tu dah ok, tapi pakai tudung jahiliah. Dah la singkat, ada dengan labuci, labu air, labu kundur. Tak cukup dengan itu dililit pula dileher. Kalu tercekek meninggal."
Mingkin ini kot contoh tudungnya:


Bagi wanita yang bersungguh-sungguh untuk menjaga auratnya, pastinya tudung yang lebih labuh dan tidak berlebihan dalam perhiasannya menjadi pilihan.Contoh seperti berikut:




Pilihan ditangan anda wahai muslimat. Kita menjadi perhatian andai kita ingin diri diperhatikan.

Saturday, October 17, 2009

Salam Perkenalan

Salam!

Orang baru dalam penulisan. harap bagi tunjuk ajar.