Wednesday, November 11, 2009

Fiqh Muslimat siri 2

(Soal Jawab Dr. Yusof Al Qardhawi dalam Kitab Fiqh Kotemporari)

Pertanyaan,

Bolehkah berwudhuk untuk Solat dengan menggunakan air yang telah disentuh wanita yang sedang Haid?

Jawaban,

Perlu diketahui bahawa tubuh wanita yang sedang haid tidak najis, tidak seperti benda najis yang dapat mencemari sesuatu. Tetapi najis dalam pengertian ini ialah najis hukmiyah. Syarak menghukumi darah haid sebagai najis, dan seseorang baru suci setelah darah itu berhenti keluar lalu dilakukan penyucian besar iaitu mandi. Adapun tubuh, tangan, mulut, lidah dan anggota badan lainnya tidaklah najis.

Memang, sejak dulu ada sebahagian wanita beranggapan bahwa tubuh badan wanita haid itu najis. Nabi s.a.w. pernah menyuruh kepada Aisyah "bawalah ke sini tikar kecil itu!" lalu Aisyah berkata, saya haid, wahai rasulullah." maka baginda bersabda yang maksudnya " sesungguhnya haidmu itu tidak ditanganmu" (HR Bukhari)

Maksudnya, tangan wanita yang haid itu tidak najis. Oleh kerana itu jika ia menyentuh air, tidaklah menjadikan air tersebut najis. Jadi, air yang tersentuh wanita yang haid tetap suci.

Demikian juga orang yang sedang dalam keadaan junub. Berjunub tidak menjadikan tubuh yang bersangkutan menjadi najis. Abu Hurairah juga pernah merasakan bahawa berjunub itu menjadikan tubuhnya najis. Maka ketika pada suatu hari ia berjalan bersama Rasulullah ia menjauhkan dirinya. Lalu baginda menayakan sikapnya tersebut lalu dia menjawab, " saya dalam keadaan berjunub." Kamudian baginda bersabda:
" Mahasuci Allah, sesungguhnya orang mukminitu tidak najis."

Jadi najis yang dimaksudkan bagi orang yang berjunub hanyalah najis hukmiyah (maknawi), sedangkan tubuhnya tidak najis.

No comments:

Post a Comment